Thailand, bercuti atau nikah ?


Hi all !

pagi ahad. hari terakhir untuk aku sedut semangat se trilion yang boleh sebelum mula berklinik esok. haihh.

tak baik mengeluh. haihh.


semalam masa pergi paw makanan member dekat bilik dia terkeluar lah cerita yang abang dia nak bertolak ke Thailand malam tuu. bukan outstation atas urusan kerja tapi sebaliknya diorang ke sana untuk bernikah. terkejut. apa masalah dia sampai nak nikah dekat sana ? tangkap basah ? bukan nak buruk sangka, tapi itu lah cliche nya kan ?




rupa-rupanya diorang decide untuk nikah dekat sana disebabkan ayah pihak perempuan letak syarat supaya bagi dia 10 ribu untuk dia jadi wali. wadehel. dia ingat orang nak upah dia untuk casting ke apa ?

itu baru upah jadi wali belum masuk belanja kenduri. kejadahnya. finally, diorang decide untuk pergi nikah di Thailand, balik Malaysia, daftar kat pejabat kadi then bayar denda. settle. lebih baik daripada bayar bapak perempuan tu 10 ribu semata-mata untuk jadi 'wali'.

yang tak patutnya, perempuan tu tak tinggal dengan ayah dia sejak kecil lagi. apa hak dia ? sebagai seorang ayah ? mungkin. tapi kalau masa tunang anak tuu bagi kau 3 ribu untuk persiapan tunang tapi kau guna untuk bayar kereta apa kes pulak ? last-last dari baju tunang sampai ke hantaran semuanya anak tu terpaksa guna duit yang lain.

tak tahu lah apa yang ayah dia ni fikir sebenarnya. kesian anak dia terpaksa pergi nikah kat Thaialand semata-mata untuk dapatkan hubungan yang halal. ingat kes macam ni ada dalam drama saja tak sangka pulak berlaku in real life. hmm, bahagian masing-masingkan ?

NAUZUBILLAH.




1 comment:

  1. Assalamualaikum!

    Mencari pengacara majlis perkahwinan?
    Serikanlah hari bahagia anda dengan alunan pantun, gurindam, madah seloka yang pasti akan mengundang senyum manis para tetamu anda!

    Kami menyediakan perkhidmatan Pengacaraan Majlis, Menulis Skrip Pengacaraan, Khidmat-Nasihat Pengurusan Majlis, dan lain-lain. Untuk sebarang pertanyaan, anda dialu-alukan untuk terus post di page Facebook “Qiyasari Wedding Emcee” atau emelkan terus kepada azreeariffin@gmail.com.

    Terima kasih!
    Qiyasari Wedding Emcee

    http://www.facebook.com/pages/QiyaSari-Wedding-Emcee/201179599963747

    ReplyDelete

Ha?